Assalamualaikum & Hai! Konnichiwa! Hari ni sensei nak ajar huruf-huruf yang terdapat dalam bahasa Jepun ni. Bahasa Jepun terbahagi kepada 3 set huruf iaitu Hiragana 「 ひらがな 」, Katakana 「 カタカナ 」dan Kanji 「 漢字 」. Hiragana Hiragana merupakan set huruf-huruf Jepun yang berbentuk melengkung. Dikenali sebagai huruf perempuan. Set huruf ini digunakan untuk perkataan yang berasal daripada Jepun . Contoh Perkataan ねこ ne.ko kucing きっぷ ki.p.pu tiket じょうぎ jo.u.gi pembaris じっけん ji.k.ke.n ujikaji Katakana Katakana merupakan set huruf-huruf Jepun yang berbentuk bersegi. Dikenali sebagai huruf lelaki. Set huruf ini digunakan untuk perkataan yang bukan berasal daripada Jepun . Contohnya, tempat, nama selain Jepun, jenama dan sebagainya. Contoh Perkataan チョコレー...
Assalamualaikum & hai! Konnichiwa! Saya Iman Sensei, akan berkongsi ilmu semampu saya dalam Bahasa Jepun. Bahasa Jepun ni amatlah susah sebenarnya. Sensei masa belajar dulu pun rasa bahasa ni amatlah susah. Tapi, jangan putus asa. Bila kita mula memahami dan mempelajari bahasa, banyak faedahnya. Mudah nak berinteraksi & senang nak berkawan dengan orang Jepun. Sensei akan update setiap hari ya. Jangan lupa follow blog sensei ini. Sebarang pertanyaan bolehlah contact Sensei ya. muhammadizzul1998@gmail.com Yoroshiku Onegaishimasu!
Comments
Post a Comment