Assalamualaikum & Hai! Konnichiwa! Hari ni sensei nak ajar huruf-huruf yang terdapat dalam bahasa Jepun ni. Bahasa Jepun terbahagi kepada 3 set huruf iaitu Hiragana 「 ひらがな 」, Katakana 「 カタカナ 」dan Kanji 「 漢字 」. Hiragana Hiragana merupakan set huruf-huruf Jepun yang berbentuk melengkung. Dikenali sebagai huruf perempuan. Set huruf ini digunakan untuk perkataan yang berasal daripada Jepun . Contoh Perkataan ねこ ne.ko kucing きっぷ ki.p.pu tiket じょうぎ jo.u.gi pembaris じっけん ji.k.ke.n ujikaji Katakana Katakana merupakan set huruf-huruf Jepun yang berbentuk bersegi. Dikenali sebagai huruf lelaki. Set huruf ini digunakan untuk perkataan yang bukan berasal daripada Jepun . Contohnya, tempat, nama selain Jepun, jenama dan sebagainya. Contoh Perkataan チョコレー...